Profil

SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
Sekretariat Rukun Negara Universiti Malaysia Pahang (SRN UMP) dahulunya dikenali sebagai Kelab Perpaduan UMP. Pada Januari 2010, Kelab Perpaduan UMP telah diperjenamakan semula kepada Sekretariat Rukun Negara UMP
rukun negara

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
visi

Menjadi tonggak dan pemangkin kepada pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional dikalangan mahasiswa berlandaskan kepada perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara
misi

Melahirkan mahasiswa yang sentiasa mendukung dan mempertahankan Rukun Negara sebagai landasan hidup yang menyatu padukan seluruh rakyat ke arah mencapai negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni
motto

"Lebarkan Sayap Perpaduan"
"Widen the Wings of Unity"

"Lebarkan Sayap Perpaduan"
bicara pujangga

“Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya”


Mahatma Gandhi

Sunday, August 29, 2010


Salam perpaduan.

Selamat menyambut bulan kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia yang Ke-53. Pasti semua dah tahu kan negara kita sudah 53 tahun merdeka? Siapa yang terlupa tue sila ketok kepala sendiri. hahha. Pada tahun ini bulan kemerdekaan negara kita akan disambut didalam bulan Ramadhan. Bagi saya ia tidak memberi sebarang halangan kepada kita untuk menyambut Merdeka. Jasa dan bakti rakyat terdahulu dan tokoh kemerdekaan yang banyak menyumbang untuk negara tidak patut dilupakan sempena hari kemerdekaan negara ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan warna warni keindahan dimalam kemerdekaan.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Sudah pasti banyak tempat-tempat yang menjadi kunjungan ramai semperna sambutan kemerdekaan disediakan dengan bunga api. Wow! menarik tue.

Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka. Malah setiap kali sambutan ini diadakan jalan-jalan disekitar kawasan Dataran Merdeka ini juga sesak dan dibanjiri dengan kunjungan masyarakat yang berbilang kaum.

Selain itu juga, sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia..


Bagi tahun ini 2010, tema sambutan hari kemerdekaan adalah "1Malaysia Menjana Transformasi". Ia selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak..

Diharapkan bulan ini dapat diberikan ikhtibar kepada seluruh rakyat malaysia tentang kedudukan Malaysia pada suatu masa dahulu. Hidup yang serba kekurangan dan sering ditindas oleh penjajah negara kita. Mereka yang yang hidup pada masa sebelum kemerdekaan berjuang habis-habisan menetang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Semoga negara kita terus tetap harmoni disamping masyarakat yang berbilang kaum.

Sempena didalam bulan ogos ini, saya mengambil kesempatan kepada semua pihak (rakyat malaysia) agar anda dapat memerdekakan diri, pemikiran serta persekitaran anda itu.

Bukan negara Malaysia sahaja perlu bebas. Tetapi, sebagai manusia juga, kita perlu bebas daripada sebarang masalah. Sebagai manusia, kita memang tidak dapat lari daripada masalah. Tetapi kita mampu mencari jalan serta idea untuk mengeluarkan diri anda itu daripada masalah.

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke-53"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



AMIR FADLI BIN ABU BAKAR
PRESIDEN SRN UMP SESI 09/10

11:45 PM

Thursday, August 12, 2010

Alhamdulillah,SRN UMP telah berjaya dilancarkan secara rasminya pada 9/8/2010. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Y.H. PROF. DATO 'DR. Daing Nasir Ibrahim (Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang). Semoga SRN UMP mampu mengorak langkah untuk terus maju dalam mencorakkan perpaduan di kalangan mahasiswa UMP khasnya.




"Lebarkan Sayap Perpaduan"

1:06 AM

Wednesday, August 11, 2010


Assalamualaikum w.b.t & Salam perpaduan.

Firman Allah SWT :

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-Baqarah : ayat 183)

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA sekali lagi kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan yang semestinya ditunggu-tunggu kehadirannya oleh seluruh umat Islam.

Pada hari yang baik lagi barakah ini, kami di pihak SRN UMP ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA” kepada seluruh umat Islam.

Kehadiran ramadhan ditunggu-tunggu oleh hamba Allah yang beriman. Kerana pada bulan inilah Allah SWT melipat gandakan ganjaran pahala bagi segala amalan soleh yang dilakukan.

Manakala pada bulan ini juga umat Islam diwajibkan berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu.

Sememangnya kehadiran bulan mulia ramadhan dan tuntutan berpuasa mempunyai kelebihan dan hikmah-hikmahnya.

Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini memberi nikmat kepada kita semua.

Dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini agar dapat mendidik dan mentarbiyah diri kita menjadi insan soleh dan solehah. Kerana dibulan ini kita digalakkan mengandakan amal ibadah, bersedekah, memohon keampunan Allah dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan diri kita sentiasa dekat dengan-NYA. Ameen..Wallahu a’lam.

AMIR FADLI BIN ABU BAKAR
PRESIDEN SRN UMP 09/10
3:18 PM

Sunday, August 8, 2010


majlis tertinggi SRN UMP bersama para pemimpin


Tanggal 23 Mac 2010, satu lawatan ke Parlimen Malaysia telah diadakan dan disertai oleh 13 orang ahli Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara UMP. Lawatan satu hari ini juga turut disertai para pelajar UMP dari Kelab 1Malaysia. Program lawatan ini dianjurkan bukanlah semata-mata kerana ingin melihat sendiri bagaimana sesuatu perkara diusul dan didebatkan di Parlimen malah ianya mempunyai objektif yang utama iaitu memahami bagaimana sesebuah negara seperti Malaysia menjalankan pemerintahan secara demokrasi dan berperlembagaaan. Program ini amat bersesuaian dan tepat sejajar dengan konsep rukun negara kita yang sangat ditekankan.


berlatar belakangkan bangunan parlimen


Perjalanan bermula seawal 5 pagi memandangkan sesi perbahasan bermula kira-kira pada pukul 9 pagi dan kami sampai di Parlimen selepas 5 jam perjalanan daripada kampus. Ketibaan kami telah disambut oleh Encik Ridzuan Mohamad, mantan YDP MPMUM selaku pegawai yang mengiringi pergerakan masuk kami ke dewan. Walaubagaimanapun kami hanya dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi kerana difahamkan waktu tersebut merupakan sesi ahli-ahli parlimen membuat penggulungan usul. Sementara menunggu masa untuk memasuki dewan, kami telah berpeluang meninjau Pusat Sumber di Parlimen. Ini merupakan satu peluang yang berharga kepada kami kerana pusat sumber ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam sewenang-wenangnya.


mendengar sedikit taklimat mengenai Pusat Sumber Parlimen



Kami turut berpeluang berbincang dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato' Saifuddin Abdullah mengenai hal-hal berkaitan sambil menikmati jamuan makan tengahari. Pada sesi ini dirasakan sangat bermakna kerana kami diberi peluang untuk mengemukakan sebarang masalah dan pandangan serta mendengar nasihat daripada YB Dato Saifuddin.




Kami mengharapkan peluang sebegini rupa tidak datang hanya sekali kerana pengalaman ini amat berharga untuk kami memanfaatkan Sekretariat Rukun Negara dalam usaha memartabatkan prinsip rukun negara di kalangan mahasiswa UMP




11:26 AM


Assalamualaikum & salam perpaduan


Setelah melalui beberapa proses pengubahsuaian, blog SRN kini kembali dengan berwajah baru selepas sudah sekian lama ianya tidak dikemaskini. Hal ini kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku memandangkan blog SRN UMP kini sedang dinaik taraf. ini sejajar dengan usaha pihak kami yang ingin menjadikan blog sebagai medium perantaraan antara pelajar UMP terutamanya ahli SRN itu sendiri dengan badan penggerak sekretariat pada sesi ini khasnya.Walaubagaimanapun ini sama sekali tidak bermakna SRN UMP turut sunyi daripada aktiviti yang dijalankan. Insyaallah pada entri yang akan datang, pelbagai aktiviti yang telah dan bakal dijalankan mahupun yang masih diperingkat perbincangan akan dikongsi bersama.




Diharapkan dengan naik taraf yang sedemikian dapat menjanjikan keselesaan para pengunjung untuk terus melayari seterusnya mendapatkan maklumat yang sempurna mengenai Sekretariat Rukun Negara UMP dimana kita dapat lihat semakin hari semakin menunjukkan taringnya.





'LEBARKAN SAYAP PERPADUAN'


10:32 AM

Tuesday, March 16, 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejajar dengan peralihan tampuk pimpinan SRN UMP, kini terbentuklah kembali satu organisasi baru yang telah dipilih untuk meneruskan perjuangan SRN di universiti ini. Barisan majlis tertinggi sesi 2009/2010 yang sememangnya sungguh mantap diharapkan dapat merangka agenda atau aktiviti yang bakal menaikkan nama SRN bukan saja di UMP bahkan di kalangan IPTA yamg lain. Walaubagaimanapun,sekalung ucapan penghargaan diucapkan kepada MT SRN 2008/2009. Semoga barisan kepimpinan untuk sesi yang terbaru dapat memberi komitmen yang sewajarnya dalam membangkitkan semangat perpaduan di kalangan pelajar UMP khasnya.
4:56 AM

Friday, May 15, 2009

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan .....

1. Interfaith Dialogue

Interfaith Dialogue adalah satu program berbentuk dialog antara agama. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan suasana harmoni antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Selain itu, untuk mengeratkan hubungan antara agama dan kaum di Malaysia. Membuang apa sahaja salah tanggapan tentang Islam dan agama lain serta mengukuhkan lagi perpaduan warga Malaysia terutamanya di dalam UMP. Memberikan pendedahan kepada peserta tentang sensitiviti ajaran agama yang lain.

Banner Program

BARISAN PANEL

Dari kanan: En. Lim Jooi Soon ( wakil Islam ), En. Joel Christie Isaiah (wakil Kristian),
Dr. Wong Sien Biang ( wakil Buddha ) dan Encik Rajagopal (wakil Hindu).

Para peserta terdiri daripada pelajar dari UMP, UTM dan KIPSAS.


Antara barisan pelaksana program IFD yang terdiri daripada pelbagai kaum.

==================

2. JELMA ‘09 (Jelajah Mahasiswa 2009)

Pengarah Program : SHAMINI A/P GUNASEELAN

Tempat : PUSAT PENGEMBANGAN TENUN PAHANG DIRAJA,

KG. SOI, KUANTAN

Tarikh : 21 FEB 2009


Pada era ini banyak orang tidak mengenali warisan dan budaya sendiri kerana terlalu terikut-ikut dengan budaya asing yang semakin mendapat tempat di zaman ini. Budaya menenun yang amat terkenal pada suatu masa dahulu kian dilupakan dan hamir luput ditelan zaman. Proses menenun adalah proses menggunakan warna benang loseng dan pakan yang menentukan serta menimbulkan corak geometri asli dengan bentuk kotak persegi atau persegi panjang, garis lurus dan melintang dengan menggunakan benang kapas atau benang sutera.


Objektif

1- Memberi pendedahan tentang budaya menenun.

2-Memupuk rasa ingin tahu terhadap budaya sendiri.

3- Membantu mahasiswa/i untuk lebih mengenali dan memahami tentang proses-proses dan cara-cara penenunan.

4- Merapatkan hubungan silaturahim antara mahasiswa/i UMP yang berbilang kaum dan saling bertukar pendapat.






Proses-proses membuat kain tenun

1. Proses mewarna benang

Benang sutera putih akan direndam semalamam bagi mengeluarkan sisa-sisa kanji benang dan pada keesokkannya benang tersebut akan diwarnakan mengikut warna pada design tenun. Proses ini mengambil masa selama 1 hari bagi 1 warna.

2. Proses mengering benang

Benang yang telah diwarnakan akan dikeringkan selama 2 hari.

3. Proses menerai benang

Benang yang telah dikeringkan akan melalui proses menerai (memintal benang pada kain). Proses ini akan mengambil masa selama 5 hari bagi 30 meter kain.

4. Proses menggulung benang


Benang pada kon akan disusun pada frame mengikut corak tenun yang akan ditetapkan dan digulung pada papan gulung. Proses ini mengambil masa sehari bagi 1 papan gulung.


5. Proses menyusup benang

Benang pada papan gulung akan dimasukkan pada kek tnun dan proses menyusup bermula (memasukkan benang melalui karap dan gigi gentera).


6. Proses menenun kain

Benang yang telah selesai melalui proses menyusup sedia untuk ditenun. Proses ini mengambil masa sehari bagi 2 meter kain.

7:42 PM

KEMBALI KE LAMAN UTAMA


Majlis Tertinggi SRN UMP

Presiden
Amir Fadli bin Abu Bakar

Timbalan Presiden I
Chai Chen Thai

Timbalan Presidan II
Dinesh Raj a/l Thanimalay

Setiausaha Kehormat
Nur Nazera binti Azmi

Bendahari
Zulhilmi bin Ali

-------------

Exco Sukan & Rekreasi
Nurul Fatyhah binti Baharuddin

Exco Teknikal & Logistik
Muhammad Farid bin Idris

Exco Informasi & Publisiti
Nadia Aida binti Che Mustapa

Setiausaha Kehormat
Nur Nazera binti Azmi

Exco Protokol & Hubungan Luar
Nurul Husna binti Hashim

Exco Dokumentasi & Multimedia
Thilageswari a/p Sinnasamy

Exco Pembangunan Insan & Komuniti
Nur Amalina binti Hussain

Exco Kebudayaan, Kesenian & Warisan
Siti Hanisah binti Majid

Exco Tugas-Tugas Khas
Nur Azzimah binti Zamri

Exco Keusahawanan & Tajaan
Syazana binti Sahrom


aktiviti


Blogger-Templates


hubungi kami

FB SRNUMP

masa itu emas


sembang-sembang



masa lampau


March 2009 May 2009 March 2010 August 2010


capaian luar

Portal UMP JPNIN JPNIN Pahang SRN UMT SRN UTP SRN UKM
pemilik asal rekaan blog kami:
Layout by 16thday
Resources One Two Three
Blog ini sesuai untuk paparan menggunakan Google Chrome