Profil
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA Sekretariat Rukun Negara Universiti Malaysia Pahang (SRN UMP) dahulunya dikenali sebagai Kelab Perpaduan UMP. Pada Januari 2010, Kelab Perpaduan UMP telah diperjenamakan semula kepada Sekretariat Rukun Negara UMP |
rukun negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan |
visi |
misi |
motto "Widen the Wings of Unity" |
bicara pujangga
“Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya” Mahatma Gandhi
Friday, May 15, 2009
Aktiviti Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ..... 1. Interfaith Dialogue Interfaith Dialogue adalah satu program berbentuk dialog antara agama. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan suasana harmoni antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Selain itu, untuk mengeratkan hubungan antara agama dan kaum di Malaysia. Membuang apa sahaja salah tanggapan tentang Islam dan agama lain serta mengukuhkan lagi perpaduan warga Malaysia terutamanya di dalam UMP. Memberikan pendedahan kepada peserta tentang sensitiviti ajaran agama yang lain. BARISAN PANEL Dari kanan: En. Lim Jooi Soon ( wakil Islam ), En. Joel Christie Isaiah (wakil Kristian), Dr. Wong Sien Biang ( wakil Buddha ) dan Encik Rajagopal (wakil Hindu). Para peserta terdiri daripada pelajar dari UMP, UTM dan KIPSAS. Antara barisan pelaksana program IFD yang terdiri daripada pelbagai kaum.
================== 2. JELMA ‘09 (Jelajah Mahasiswa 2009) Pengarah Program : SHAMINI A/P GUNASEELAN Tempat : PUSAT PENGEMBANGAN TENUN PAHANG DIRAJA, KG. SOI, KUANTAN Tarikh : 21 FEB 2009 Pada era ini banyak orang tidak mengenali warisan dan budaya sendiri kerana 1- Memberi pendedahan tentang budaya menenun. 2-Memupuk rasa ingin tahu terhadap budaya sendiri. 3- Membantu mahasiswa/i untuk lebih mengenali dan memahami tentang proses-proses dan cara-cara penenunan. 4- Merapatkan hubungan silaturahim antara mahasiswa/i UMP yang berbilang kaum dan saling bertukar pendapat.
Proses-proses membuat kain tenun 1. Proses mewarna benang Benang sutera putih akan direndam semalamam bagi mengeluarkan sisa-sisa kanji benang dan pada keesokkannya benang tersebut akan diwarnakan mengikut warna pada design tenun. Proses ini mengambil masa selama 1 hari bagi 1 warna. 2. Proses mengering benang Benang yang telah diwarnakan akan dikeringkan selama 2 hari. 3. Proses menerai benang Benang yang telah dikeringkan akan melalui proses menerai (memintal benang pada kain). Proses ini akan mengambil masa selama 5 hari bagi 30 meter kain. 4. Proses menggulung benang Benang pada kon akan disusun pada frame mengikut corak tenun yang akan ditetapkan dan digulung pada papan gulung. Proses ini mengambil masa sehari bagi 1 papan gulung. 5. Proses menyusup benang Benang pada papan gulung akan dimasukkan pada kek tnun dan proses menyusup bermula (memasukkan benang melalui karap dan gigi gentera). 6. Proses menenun kain Benang yang telah selesai melalui proses menyusup sedia untuk ditenun. Proses ini mengambil masa sehari bagi 2 meter kain. 7:42 PM
|
Amir Fadli bin Abu Bakar
Timbalan Presiden I
Timbalan Presidan II
Setiausaha Kehormat
Bendahari -------------
Exco Sukan & Rekreasi
Exco Teknikal & Logistik
Exco Informasi & Publisiti
Setiausaha Kehormat
Exco Protokol & Hubungan Luar
Exco Dokumentasi & Multimedia
Exco Pembangunan Insan & Komuniti
Exco Kebudayaan, Kesenian & Warisan
Exco Tugas-Tugas Khas
Exco Keusahawanan & Tajaan
aktiviti Blogger-Templates
hubungi kami
masa itu emas
sembang-sembang
masa lampau March 2009 May 2009 March 2010 August 2010
capaian luar Portal UMP JPNIN JPNIN Pahang SRN UMT SRN UTP SRN UKM |