|
Profil
SEKRETARIAT RUKUN NEGARASekretariat Rukun Negara Universiti Malaysia Pahang (SRN UMP) dahulunya dikenali sebagai Kelab Perpaduan UMP. Pada Januari 2010, Kelab Perpaduan UMP telah diperjenamakan semula kepada Sekretariat Rukun Negara UMP |
rukun negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan |
visi |
misi |
motto "Widen the Wings of Unity" |
|
bicara pujangga
“Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya dan dia perjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu walaupun selepas kematiannya” Mahatma Gandhi
Sunday, August 8, 2010
PROGRAM LAWATAN KE PARLIMEN majlis tertinggi SRN UMP bersama para pemimpin Tanggal 23 Mac 2010, satu lawatan ke Parlimen Malaysia telah diadakan dan disertai oleh 13 orang ahli Majlis Tertinggi Sekretariat Rukun Negara UMP. Lawatan satu hari ini juga turut disertai para pelajar UMP dari Kelab 1Malaysia. Program lawatan ini dianjurkan bukanlah semata-mata kerana ingin melihat sendiri bagaimana sesuatu perkara diusul dan didebatkan di Parlimen malah ianya mempunyai objektif yang utama iaitu memahami bagaimana sesebuah negara seperti Malaysia menjalankan pemerintahan secara demokrasi dan berperlembagaaan. Program ini amat bersesuaian dan tepat sejajar dengan konsep rukun negara kita yang sangat ditekankan. berlatar belakangkan bangunan parlimen Perjalanan bermula seawal 5 pagi memandangkan sesi perbahasan bermula kira-kira pada pukul 9 pagi dan kami sampai di Parlimen selepas 5 jam perjalanan daripada kampus. Ketibaan kami telah disambut oleh Encik Ridzuan Mohamad, mantan YDP MPMUM selaku pegawai yang mengiringi pergerakan masuk kami ke dewan. Walaubagaimanapun kami hanya dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi kerana difahamkan waktu tersebut merupakan sesi ahli-ahli parlimen membuat penggulungan usul. Sementara menunggu masa untuk memasuki dewan, kami telah berpeluang meninjau Pusat Sumber di Parlimen. Ini merupakan satu peluang yang berharga kepada kami kerana pusat sumber ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam sewenang-wenangnya. mendengar sedikit taklimat mengenai Pusat Sumber Parlimen Kami turut berpeluang berbincang dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato' Saifuddin Abdullah mengenai hal-hal berkaitan sambil menikmati jamuan makan tengahari. Pada sesi ini dirasakan sangat bermakna kerana kami diberi peluang untuk mengemukakan sebarang masalah dan pandangan serta mendengar nasihat daripada YB Dato Saifuddin. Kami mengharapkan peluang sebegini rupa tidak datang hanya sekali kerana pengalaman ini amat berharga untuk kami memanfaatkan Sekretariat Rukun Negara dalam usaha memartabatkan prinsip rukun negara di kalangan mahasiswa UMP 11:26 AM
|
Amir Fadli bin Abu Bakar
Timbalan Presiden I
Timbalan Presidan II
Setiausaha Kehormat
Bendahari -------------
Exco Sukan & Rekreasi
Exco Teknikal & Logistik
Exco Informasi & Publisiti
Setiausaha Kehormat
Exco Protokol & Hubungan Luar
Exco Dokumentasi & Multimedia
Exco Pembangunan Insan & Komuniti
Exco Kebudayaan, Kesenian & Warisan
Exco Tugas-Tugas Khas
Exco Keusahawanan & Tajaan
aktiviti Blogger-Templates
hubungi kami
masa itu emas
sembang-sembang
masa lampau March 2009 May 2009 March 2010 August 2010
capaian luar Portal UMP JPNIN JPNIN Pahang SRN UMT SRN UTP SRN UKM |